SHAH ALAM – Pakar Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ahmad Hafizam Hasmi memberitahu Mahkamah Koroner bahawa corak kecederaan pada anggota bomba adalah tidak berpadanan akibat dipukul.
Beliau sebagai saksi ke-24 pada prosiding hari ke-16 berkata, corak kecederaan pada toraks mangsa bukanlah seperti kebiasaan akibat dipukul, ditendang atau ditumbuk.
“Tiada juga kecederaan pada bahagian muka, kepala, abdomen dan anggota atas serta bawah yang berpadanan dengan objek tumpul kerana mempertahankan diri,” katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah dihadapan Koroner Rofiah Mohamad tadi. – K ONLINE!
Memuatkan artikel berkaitan…










