Ini persembahan terburuk kami - Simeone - Utusan Malaysia

Ini persembahan terburuk kami – Simeone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 13 Mac – Pengendali Atletico Madrid Diego Simeone melahirkan rasa hairan bagaimana pasukannya boleh memberikan persembahan terburuk selepas tewas 0-3 kepada Juventus dalam aksi peringkat 16 akhir kedua Liga Juara-Juara hari ini.

Kekalahan tersebut sekali gus menyaksikan harapan kelab Sepanyol itu untuk beraksi di pentas final yang dijadual di gelanggang sendiri, Stadium Wanda Metropolitano pada 1 Jun depan turut terkubur.

Skuad kendalian Simeone terdahulu turun dengan bekalan 2-0 hasil jaringan di laman sendiri bulan lalu, namun prestasi cemerlang penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo yang meledak hatrik telah menafikan kemaraan mereka, dengan keputusan agregat 2-3.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Juventus bermain dengan cara yang sama seperti kami lakukan pada perlawanan pertama. Kami bergelut dan mereka layak mara ke suku akhir.

“Saya tidak fikir ia adalah persembahan terburuk kami. Mereka beraksi lebih baik, kami perlu mengucapkan tahniah kepada mereka.

Sementara itu, jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri memuji persembahan yang ditonjolkan anak-anak buahnya.

“Mereka menunjukkan kematangan yang hebat. Mereka tampil dengan permainan yang terbaik, saya perlu mengucapkan tahniah kepada mereka. Inilah yang kami mahukan pada aksi pertama.

“Pada malam ini amat jelas bahawa terdapat risiko yang boleh menjadikan aksi seperti ini dianggap gila, seolah-olah ia perlu dilakukan dalam tempoh 10 minit,” kata Allegri.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini