MUKADIMAH INDUSTRI kelapa sawit negara merupakan antara isu yang hangat diperkatakan kini apabila terdapat cadangan untuk menukar tanaman tersebut kepada tanaman lain oleh Kementerian Industri Utama. Namun perkara itu dinafikan oleh menterinya sebaliknya beliau sebenarnya mencadangkan pengusaha tanaman sawit perlu memikirkan tanaman alternatif atau multi cropping bagi menampung pendapatan mereka sementelah harga komoditi tersebut sedang merudum kini. Pun begitu, adakah industri minyak kelapa sawit hari ini begitu parah sehinggakan idea-idea…










