Indeks jenayah Kuala Lumpur menurun - Utusan Malaysia

Indeks jenayah Kuala Lumpur menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Indeks jenayah di ibu negara menurun secara keseluruhan empat peratus dalam tempoh dari 1 Januari sehingga hari ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata beliau percaya penurunan yang dicatatkan itu adalah hasil pelbagai operasi dan program-program jalinan bersama masyarakat yang dijalankan pihak polis.

“Secara keseluruhannya indeks jenayah di Kuala Lumpur menurun dan tiga daerah yang mencatatkan kenaikan iaitu Dang Wangi, Sentul dan Putrajaya akan diberikan fokus melalui strategi yang ditetapkan,” katanya selepas Program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) di pusat beli belah Mid Valley Megamall di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Mazlan, program kepolisan berprofil tinggi akan diteruskan kerana ia banyak memberikan impak kepada masyarakat.

“Ini kerana, melalui program ini, polis mengedarkan nombor telefon, menerangkan tips keselamatan dan mengedarkan risalah-risalah pencegahan jenayah serta menunjukkan omnipresence polis sekaligus menurunkan kadar jenayah,” ujarnya- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini