KOTA BHARU 27 Mac – Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membanteras masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini. Bermula bulan ini, satu kelainan diambil iaitu dengan penglibatan imam di seluruh negeri ini untuk sama-sama merangka strategi bagi menangani isu terbabit dengan penubuhan satu kerjasama jawatankuasa Badan Bertindak Antidadah Negeri Kelantan (BERTINDAK) pada 9 Mac lalu. Jawatankuasa itu diwujudkan hasil kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan…










