LONDON 19 Mac – Ole Gunnar Solskjaer menuduh bintang Manchester United beraksi seperti yang dimahukan oleh Jose Mourinho menjadi punca penyingkiran mereka dalam Piala FA selepas tumpas 1-2 kepada Wolves di Stadium Molineux, Ahad lalu. Menurut akhbar tempatan, The Sun, Solskjaer mengeluh dengan corak permainan pemainnya yang lambat panas sebelum memberitahu dia mahu menganalisis persembahan mereka ketika rehat antarabangsa berlangsung. Solskjaer turut mengakui United membuat langkah ke belakang selepas dia…










