KUALA LUMPUR 5 Mac – Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa kerajaan untuk membaik pulih ekonomi Malaysia yang semakin tenat. Ketuanya, Shahir Adnan berkata, krisis terbaharu yang perlu diberi perhatian adalah kerugian Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) sebanyak RM6.30 bilion bagi tahun 2018. “Terbaru, kita lihat dalam tempoh tahun 2018, sembilan syarikat di bawah portfolio Khazanah mengalami kejatuhan nilai saham yang menjunam mengakibatkan kejatuhan nilai RM64.5 bilion (Market…










