ALOR SETAR 5 Mac – Siasatan Jabatan Perikanan Negeri terhadap satu laporan media berhubung isu kebersihan melibatkan sebuah tempat pemprosesan ikan kering yang dibiarkan terdedah kepada anjing-anjing di sebuah kawasan di Langkawi semalam, mendapati hasil laut itu bukanlah untuk dijadikan ikan masin. Menurut kenyataan yang dikeluarkan agensi itu hari ini, sebaliknya ikan-ikan tersebut adalah untuk dijadikan baja ikan bagi kegunaan tanaman atau pun kepada kilang pemprosesan serbuk ikan. Kata kenyataan…










