Ibu Ustaz Abdul Somad meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Ustaz Abdul Somad meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Ibu kepada pendakwah terkenal dari Sumatera Utara, Indonesia, Abdul Somad Batubara atau juga dikenali sebagai Ustaz Somad dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

TANGKAP layar akaun Facebook Ustaz Abdul Somad mengenai pemergian Allahyarham ibunya, Rohana Nuruddin yang meninggal dunia hari ini.

Menurut Abdul Somad, Allahyarham ibunya, Rohana Nuruddin meninggal dunia pada usia 71 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Silau Laut, Kabupaten Asahan, Provinsi Sumatera Utara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang pernah dijemput Kerajaan Negeri Kelantan sempena sambutan Hari Murabbi Ummah, bulan lalu menceritakan saat-saat terakhir sebelum Allahyarham ibunya meninggal dunia.

“Seperti biasa, setelah tahajud dan witir, mak membaca al-Quran dan zikir yang biasa beliau baca, setelah itu makan sahur.

“Selesai santap sahur, mak masih menonton video taushiyah UAS (Ustaz Abdul Somad) di YouTube. Kemudian mak mandi, terasa sakit kepala.

“Beliau terus wuduk persiapan solat Subuh. Lalu pengsan, dibawa ke Rumah Sakit, menghembuskan nafas terakhir,” katanya dalam status akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Dalam status sama, Abdul Somad yang dikenali dengan gaya bersahaja ketika menyampaikan ceramah memberitahu, Allahyarham ibunya pernah memberitahu mahu meninggal dunia dalam keadaan yang dipermudahkan.

“Persis seperti ucapan mak selama ini, ‘Aku kalau bisa, mati jangan pakai sakit lama-lama. Kalau bisa mandi dulu, jadi jasad awak bersih. Mandi, ambil aye (air) sembahyang, pening, mati’,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini