KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang bertindak mendera anak angkatnya dalam sebuah video yang tular di laman media sosial telah ditahan polis di Jalan Sungai Tua, Batu Caves, Gombak hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek wanita warga tempatan yang berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang oleh pasukan JSJ Selangor di sebuah restoran. “Tangkapan tersebut dilakukan apabila terdapat laporan tentang sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menangis ketika didera oleh suspek yang menendangnya beberapa kali di bahagian badan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya