Hutan seluas lapan hektar terbakar - Utusan Malaysia

Hutan seluas lapan hektar terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 5 Mac – Hutan seluas lapan hektar di puncak bukit berhampiran Perkampungan Orang Asli Pos Legap di Sungai Siput terbakar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sekumpulan pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.24 pagi.

Katanya, kawasan puncak bukit berhampiran Pos Legap yang terbakar itu dianggarkan berketinggian 457 meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain daripada kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, operasi turut dibantu unit khas MUSTeam (Multi Skill Team) dan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Peyelamat Malaysia (STORM) serta polis, Jabatan Perhutanan dan pejabat tanah.

“Pihak bomba juga sedang memohon pesawat dari unit udara untuk memantau jumlah keluasan kebakaran dari atas secara keseluruhan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini