KUALA LUMPUR 26 Mac – HSBC Amanah Malaysia Berhad (HSBC Amanah) menerima anugerah Urus Niaga Terbaik Tahunan bagi sukuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pertama dunia pada majlis anugerah Islamic Finance News (IFN) 2018.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arsalaan Ahmed berkata, bank itu turut memenangi dua lagi anugerah iaitu Urus Niaga Terbaik Tahunan Malaysia dan Urus Niaga Impak Sosial Terbaik Tahunan bagi terbitan sukuk RM500 juta.
Katanya, HBSC sentiasa berada di hadapan dalam inovasi pembiayaan Islam, mengendalikan pelbagai produk yang telah memenangi beberapa anugerah dan transaksi sukuk bagi pihak pelanggan.
Majlis anugerah IFN meraikan peserta dalam industri kewangan Islam terkemuka dan berdaya saing serta mengiktiraf mereka di bawah dua kategori iaitu Undian Bank Terbaik dan Urus Niaga Terbaik Tahunan. – UTUSAN ONLINE











