PUTRAJAYA 27 Mac- Hospital Putrajaya (HPj) memerlukan dana sebanyak sebanyak RM6.01 juta bagi melaksanakan pembinaan sebuah surau dan balai pelawat dalam usaha menambah baik kemudahan awam di hospital itu. Pengarahnya, Datuk Dr. Nora’i Mohd. Said berkata, pembinaan kemudahan itu merupakan satu keperluan untuk pesakit dan juga pelawat kerana surau sedia ada tidak mampu untuk menampung penggunaan pada setiap hari. Sehubungan itu katanya, sumbangan orang ramai dan badan korporat amat diharapkan…










