Honda Malaysia sasar jual 95,000 kenderaan - Utusan Malaysia

Honda Malaysia sasar jual 95,000 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) menyasarkan jualan sebanyak 95,000 buah kenderaan tahun ini dengan penguasaan pasaran sebanyak 16 peratus dipacu oleh pelancaran-pelancaran baharu.

Bagaimanapun, sasaran itu lebih rendah berbanding jualan sebenar pada 2017 dan 2018 masing-masing sebanyak 109,511 dan 102,282 buah kenderaan.

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen berkata, sasaran lebih rendah diletakkan selepas mengambil kira jangkaan jumlah keseluruhan industri (TIV) 2019 yang lebih rendah iaitu sebanyak 580,000 buah kenderaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai yang tidak merancang untuk membeli kereta telah berbuat demikian dalam tempoh cuti cukai selama tiga bulan bermula Jun hingga Ogos tahun lalu. Peningkatan pembelian dalam tempoh tersebut dijangka mempengaruhi TIV pada tahun ini.

“Sebab itu, kami menurunkan unjuran jualan berbanding pencapaian tahun lalu,” katanya dalam majlis Taklimat Prestasi Honda Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama; Ketua Bahagian Jualan Honda Malaysia, Sunita Prabhakaran; Penyelaras Eksekutif Honda Malaysia, Masanao Kataoka dan Ketua Bahagian Operasi Servis, Syahrul Nizam.

Sementara itu, Ishiyama berkata, Honda Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan peneraju jenama kereta dalam segmen bukan nasional selama empat tahun berturut-turut.

Katanya, pihaknya juga mengekalkan kedudukan nombor dua dari segi TIV.

“Dari segi prestasi jualan mengikut model, kesemua tujuh model pemasangan tempatan (CKD) iaitu Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, Accord dan CR-V merupakan peneraju dalam segmen masing-masing. City kekal sebagai model paling popular dengan jualan sebanyak 32 peratus.

“Honda Malaysia mencatat rekod pertumbuhan 11 peratus dari aspek pengambilan perkhidmatan selepas jualan. Pencapaian itu diikuti oleh lonjakan jualan alat ganti tulen Honda sebanyak 25 peratus,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini