KOTA BHARU – Fizikal burung budgie, terutama baka English Budgie yang ‘berwajah’ comel dengan bulu pelepah berwarna terang seakan-akan burung nuri atau kakak tua kini semakin mendapat tempat di hati para peminat burung di negeri ini. Kegilaan baharu terhadap unggas yang mempunyai ciri ‘frontal’ atau bahagian kepala besar, kembang serta bukaan bahu yang lebar tersebut juga secara tidak langsung membantu pemiliknya menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Perkata tersebut diakui Muhamad…










