Hina Nabi: 3 pemilik Facebook direman - Utusan Malaysia

Hina Nabi: 3 pemilik Facebook direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 MAC – TIGA pemilik akaun Facebook yang dilaporkan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah menerusi laman media sosial Facebook telah ditahan oleh pihak polis.

Pemilik akaun Facebook atas nama Bakakuk ditahan pada 3 Mac lalu di Labuan, Sabah manakala pemilik akaun Facebook atas nama Ayea Yea ditahan di Bau, Sarawak semalam. Seorang lagi pemilik akaun Facebook atas nama Yazid Kong ditahan semalam di Petaling Jaya dekat sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, selain mereka, seorang lagi pemilik Twitter yang dikenali Alvin Chow atai Alvin Chow Mun Fai, 43, turut sedang di­buru polis untuk tindakan lanjut dan dipercayai masih berada di ibu negara.

“Kesemua suspek yang ditahan kini berada dalam reman sehingga Khamis ini. Kesemua mereka akan disiasat mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohamad Fuzi memberitahu, sebanyak 929 laporan polis telah diterima pihaknya di seluruh negara berhubung isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad serta isteri baginda dan daripada jumlah itu, sebanyak 16 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati agar tidak me­nyalah gunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik sebarang kenyataan provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang tidak mengendahkan perkara ini memandangkan tindakan mencabar dan menghina mana-mana agama boleh membangkitkan ketegangan kaum di negara ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN