Henti tular video ayam berulat di Restoran Nasi Vanggey - Utusan Malaysia

Henti tular video ayam berulat di Restoran Nasi Vanggey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 11 Mac – Pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey meminta orang ramai agar memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kononnya ayam masak merah di restoran berkenaan berulat.

Pengurusnya, Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik, 28, berkata, apa yang dipaparkan di media sosial itu tidak benar sebaliknya sengaja diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan merosakkan reputasi perniagaan.

Malah katanya, pihaknya juga telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam kelmarin, bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap pihak tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya minta semua pihak agar tidak menyebarkan berita palsu. Dakwaan itu (ayam berulat) adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

“Tujuan saya mengadakan sidang akhbar hari ini pun untuk menjelaskan hal sebenar agar pelanggan tidak salah faham sekali gus membersihkan nama kedai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi 20 saat tular di media sosial termasuk di Facebook sejak Jumaat lalu yang memaparkan ayam masak merah yang dimakan seorang pelanggan di sebuah restoran cawangan itu di Silibin berulat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini