Henti tanaman lawan kempen antisawit - Utusan Malaysia

Henti tanaman lawan kempen antisawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 3 Mac – Tindakan kerajaan menghentikan peluasan tanaman kelapa sawit bertujuan melawan sentimen antisawit di Eropah pada masa ini yang telah memberi kesan negatif dan menjejaskan eksport minyak sawit negara ke pasaran global khususnya ke negara-negara Eropah.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, pihak kementerian itu sedang mengambil langkah untuk melawan pengaruh kempen antisawit di Eropah yang mutakhir ini menjadi semakin kuat.

‘‘Perdana Menteri menasihati pekebun termasuk kementerian saya agar tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tanaman,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TERESA KOK
TERESA KOK 

Katanya, harga minyak sawit jatuh dengan agak teruk pada tahun lalu sekali gus menjejaskan pendapatan ramai pekebun kecil.

Justeru, katanya, adalah penting bagi pihaknya mengkaji kesesuaian penanaman tanaman alternatif bagi mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, Teresa mencadangkan kepada pekebun supaya beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu seluruh negara.

Namun, tegas beliau, buluh, nanas dan kelapa adalah cadangan alternatif kepada pekebun kecil yang selama ini bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan, dan bukan sebagai tanaman pengganti.

“Kenyataan saya semalam merujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaian di Pahang, yang kebetulannya mempunyai banyak buluh,” katanya bagi menjelaskan laporan Mingguan Malaysia bertajuk ‘Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh’ yang di­siarkan hari ini.

Teresa berkata, pemilihan tanaman alternatif bergantung kepada kesesuaian tempat supaya mampu memberikan pendapatan yang baik, sekaligus mampu menampung kekurangan pendapatan daripada jualan sawit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN