Henti modal ceramah hutang, salahkan orang lain - Utusan Malaysia

Henti modal ceramah hutang, salahkan orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mac – Kerajaan didesak supaya menghentikan segala ‘modal ceramah’ berkaitan hutang dan menyalahkan kerajaan dahulu kerana tindakan itu hanya menyebabkan kedudukan ekonomi negara semakin merudum ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Biro Ekonomi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Nizam Baharom menegaskan kerajaan sepatutnya mula bercakap soal ‘modal ekonomi rakyat’ apatah lagi pelbagai indikator ekonomi menunjukkan kedudukannya masih belum pulih.

Beliau memberitahu, tindakan Pakatan Harapan (PH) yang mencari kesalahan kerajaan terdahulu dengan hanya memainkan isu hutang tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat.

“Jika kita lihat setiap negara membangun, ekonominya juga berjaya tetapi tidak pada kerajaan kita sekarang yang tidak mengambil langkah peduli rakyat. Mereka hanya mengambil langkah perebutan kuasa dalam kalangan mereka dan akhirnya rakyat semakin merasai tekanan hidup.

“Kami yakin rakyat akan terus menghukum kerajaan melalui saluran media sosial sekiranya ekonomi rakyat terus merudum,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN