WELLINGTON 29 Mac – New Zealand hari ini mengadakan Hari Peringatan Negara khas buat mangsa serangan pengganas kulit putih di dua buah masjid di Christchurch.
NZ Herald melaporkan, ribuan rakyat negara itu mulai berkumpul di Taman Hagley, di sini seawal pukul 10 pagi waktu tempatan.
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan lebih 50 kenamaan asing turut hadir dalam acara tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
Susulan itu, penembak tepat dan polis bersenjata membuat kawalan ketat di kawasan berkenaan.
Lapor Stuff New Zealand, Ardern dalam ucapannya berkata, mereka berkumpul di Taman Hagley selepas 14 hari paling gelap.
“Kami akan mengenang air mata negara ini dan penyelesaian baharu telah diusahakan,” katanya di sini hari ini. -AGENSI











