Harbour City pamer seni kontemporari - Utusan Malaysia

Harbour City pamer seni kontemporari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG 14 Mac – Pusat beli-belah terbesar di Hong Kong Harbour City akan menganjurkan edisi ketiga Pameran Kesenian Harbour di Hotel Marco Polo Hong Kong yang bersambungan, sekali gus mengubah lebih daripada 50 buah bilik hotel menjadi satu pameran kaleidoskop bagi seni kontemporari.

Pada masa yang sama, pameran khas ‘Art in Life’ akan diadakan di pusat beli-belah itu untuk membawa seni agar lebih dekat dengan orang ramai. Diadakan secara percuma untuk tontonan orang ramai, tiga orang artis dari Korea Selatan – Jang Se Il, Lee Sung Ok dan Henn Kim – akan mengadakan pameran solo pertama mereka di Hong Kong di Harbour City untuk memberi peluang kepada semua orang dengan penemuan artistik.

Pameran Kesenian Harbour 2019

Memuatkan artikel berkaitan…

– Pameran itu mempunyai satu senarai galeri yang terkenal, termasuk Projek Hatch Art dari Singapura, Projek AHC dari Jerman, Seramik dan Seni Karen Wong dari Hong Kong.

– Tarikh: 29 Mac – 1 April 2019

– Pratonton VIP dan Media

29 Mac 2019 (Jumaat) 12 tengah hari – 8 malam

Kemasukan Umum

– 30 Mac – 1 April 2019 (Sabtu – Isnin) 12 tengah hari – 8 malam

Tempat: Hotel Marco Polo Hongkong

Kemasukan Umum: HK$100 bagi setiap tiket

Laman web: www.harbourartfair.com

Tiket boleh didapati di lokasi berikut di dalam Hotel Marco Polo Hongkong semasa tempoh pameran itu:

* Lobi sebelah barat (berdekatan Dermaga Star Ferry)

* Meja maklumat yang terletak di hadapan lif pada 12/F

Pameran Khas ‘Art in Life’

1. ‘The Wave of Coexistence’ oleh Jang Se Il

Jang Se Il menggunakan geometri bersudut dan garis lurus untuk menggambarkan haiwan seperti ikan lumba-lumba dan beruang kutub, untuk meneroka bagaimana haiwan bertindak balas terhadap persekitaran buatan manusia yang berubah dengan pantas.

2. ‘Sound of Nature oleh Lee Sung Ok

Lee Sung Ok mencipta satu siri serangga gantung yang diperbuat daripada keluli tahan karat bagi menyokong keinginan beliau untuk mempertahankan alam sekitar di tengah-tengah kerosakan buatan manusia yang meluas. Permukaan mereka yang refleksi mengingatkan penonton untuk merenung sejenak perhubungan mereka dengan alam sekitar.

3. ‘My Black Rainbows’ oleh Henn Kim

Dengan ilustrasi monokrom beliau yang terkemuka, ilustrasi Henn Kim menggambarkan sebuah dunia emosi yang mengasyikkan – sebuah dunia moden yang kesepian, kekeliruan dan kekangan dengan satu sentuhan fantasi.

Tarikh: 12 Mac – 3 April 2019

Tempat: Pekarangan Ocean Terminal, Gallery oleh Harbour, Atrium II oleh Gateway Arcade @ Harbour City

Laman web: www.harbourcity.com.hk Talian Penting Pertanyaan: (852) 2118 8666 – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini