KUALA LUMPUR 18 Mac – Tatkala dua tonggak, Kenny Pallraj dan Nicholas Swirad masih dibelenggu kecederaan, jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menerima satu lagi berita kurang baik apabila penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha mengalami demam panas. Norshahrul, 33, atau lebih dikenali Mat Yo direhatkan daripada latihan hari ini, namun Cheng Hoe tetap yakin pemain itu sempat sembuh sebelum Malaysia menentang Singapura dalam aksi pembukaan Piala Air Marine di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini. Katanya, Malaysia memerlukan barisan terkuat bagi memenuhi misi muncul juara, sekali gus memperbaiki ranking dunia.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya