TEL AVIV: Israel menerima cadangan baharu untuk melaksanakan gencatan senjata dengan kumpulan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza. Cadangan itu dikemukakan oleh utusan khas Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff. Sebagai reaksi, Hamas memaklumkan mereka akan meneliti cadangan baharu tersebut demi kepentingan penduduk Gaza dan berharap gencatan yang bakal dilaksanakan berkekalan. Menurut pegawai Israel kepada CNN, cadangan itu melibatkan pembebasan 10 tebusan hidup dan penyerahan 18 mayat tebusan, selain gencatan senjata selama…










