Harap kerjasama UMNO-Pas di Rantau - Utusan Malaysia

Harap kerjasama UMNO-Pas di Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
KEMENANGAN
Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih baru-baru ini memberi makna sangat besar kepada orang Melayu dan Islam.

Ini kerana kemenangan BN yang diperoleh di kedua-dua PRK tersebut didakwa adanya jalinan kerjasama politik yang baik antara UMNO dan Pas.

Umum mengetahui UMNO dan Pas sejak sekian lama adalah ‘musuh ketat’. Dari segi sejarah, kedua-duanya adalah antara parti politik tertua di negara ini.UMNO ditubuhkan pada 1946 manakala Pas, 1951. Ketika itu negara ini masih bergelar Tanah Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-duanya dikatakan mempunyai dua ideologi politik yang berbeza kerana didakwa UMNO lebih kepada bangsa (Melayu) sedangkan Pas lebih kepada agama (Islam).

Namun dari sudut sosial dan realitinya di negara ini antara agama Islam dan orang Melayu adalah sangat sinonim. Bahkan Perlembagaan Persekutuan turut memaktubkan takrif Melayu itu mestilah beragama Islam selain mengamalkan cara hidup dan adat resam Melayu.

Oleh itu dalam erti kata lain, jika orang Melayu terbela atau dilindungi nescaya agama Islam juga secara langsung termasuk sama. Begitulah sekiranya berlaku keadaan sebaliknya.

Dengan sebab itu tidaklah keterlaluan sekiranya dikatakan kerjasama politik antara UMNO dan Pas itu amat diperlukan dan diharapkan. Difahamkan tidak berapa lama lagi DUN Rantau juga akan berlaku PRK. Justeru, kerjasama serupa diharapkan dapat diteruskan lagi.

CHU MAN

Pendang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini