Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan kegigihan gadis kecil molek, Hanie Soraya Taha, 25, yang berjaya bergelar seorang doktor perubatan di usia muda. Bukan mudah mencapai cita-cita untuk bergelar doktor perubatan. Meneroka ilmu perubatan yang kita sedia maklum, memang sukar. Tanpa kerja keras dan minat yang mendalam, sudah pasti pelajar perubatan terkandas di pertengahan jalan. Pernah beberapa kali putus asa ketika menghadapi detik-detik mencabar sepanjang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Mansoura, Mesir, Hanie Soraya membuktikan kecekalan dan sokongan keluarga menjadi pendorong untuknya meraih kejayaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya