Hamilton minat beraksi di MotoGP - Utusan Malaysia

Hamilton minat beraksi di MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE 14 Mac- Lewis Hamilton menyatakan minat untuk menunggang motosikal MotoGP dan berharap diberikan lebih masa untuk menguji jentera dua roda itu sebagai persiapan menghadapi cabaran berkenaan.

Juara dunia lima kali Formula Satu (F1), secara terbuka menyatakan keinginanya terhadap motosikal dan turut menghadiri pusingan pembukaan MotoGP di Qatar minggu lalu sebagai tetamu pasukan yang disokong penuh Yamaha, PETRONAS Yamaha Sepang Racing.

“Sengit, kelajuan yang gila dan tidak boleh dimaafkan, sukan ini satu fenomena. Pengalaman yang menarik! Apa kata jika kamu membenarkan saya menunggang pada masa depan?,” kata pemandu Mercedes itu dalam akaun Twitternya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kehadiran Hamilton di Qatar adalah susulan kepada percubaannya menunggang Yamaha di Kejuaraan Superbike Dunia di Jerez, Disember lalu dan dia memberitahu motogp.com dirinya mahukan sesuatu yang lebih daripada itu.

“Seratus peratus saya akan menunggang, saya sedang bersiap sedia ke arah itu.

“Pertamanya saya memerlukan lebih masa (di atas motosikal) kerana saya hanya mempunyai lebih kurang dua hari lebih di trek tetapi jujurnya saya minat untuk mencuba jentera MotoGP. Ia satu impian,” katanya menjelang aksi pertama bagi mempertahankan gelaran di Kejuaraan F1 di Grand Prix Melbourne, Ahad ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini