MIAMI – Jaguh dunia, Simona Halep semakin hampir merampas semula kedudukan ranking No. 1 dunia selepas mara ke separuh akhir dengan menumbangkan pemain ranking ke-18 dunia, Wang Qiang 6-4, 7-5 pada kejohanan Terbuka Miami, Amerika Syarikat (AS) awal pagi semalam. Bagaimanapun, pemain Romania tersebut perlu mara ke final di Stadium Hard Rock, Miami pada Sabtu ini untuk memintas pemain ranking teratas dunia, Naomi Osaka walaupun bintang Jepun itu memenangi kejohanan…










