STAPLEHURST, Britain – Seorang guru sekolah rendah yang hilang keupayaan untuk bertutur selepas diserang sejenis masalah saraf serius kembali bersuara selepas diajar menyanyi sebuah lagu popular kumpulan Beatles, lapor akhbar Daily Mail. Amelia-Rose Hamilton, 27, mula diserang migrain hemiplegik sejak tiga minggu lalu sebelum tiba-tiba lupa nama sendiri, tidak mampu bercakap dan berada dalam kekeliruan sejak 2 Mac lalu. Bagaimanapun, dengan bantuan bekas pensyarah muziknya, Professor Grenville Hancox yang membawa…










