Guru dipecat angkara isyarat 2 jari - Utusan Malaysia

Guru dipecat angkara isyarat 2 jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 22 Mac – Pemerintah wilayah Banten memecat enam guru sementara yang bergambar sambil menunjukkan isyarat dua jari sambil memegang pelekat Prabowo Subianto-Sandiaga Uno di bilik guru, baru-baru ini.

SUFMI DASCO AHMAD
SUFMI DASCO AHMAD 

Detik News melaporkan, guru dipecat tersebut mengajar di Sekolah Menengah Atas (SMA) 9 Kronjo di Tangerang dan akan ditawarkan bantuan perundangan oleh Badan Pemena­ngan Nasional (BPN) Prabowo-Sandia­ga.

Menurut Pengarah Advokasi dan Hukum BPN, Sufmi Dasco Ahmad, pihaknya akan menyemak situasi dihadapi enam guru itu dan akan menawarkan bantuan kepada mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, beliau hairan penyokong pasangan calon Pre­siden nombor dua kerap berdepan tindakan jika diban­ding­kan penyokong lawan yang tidak pernah menghadapi masalah.

“Di kebanyakan tempat, individu yang mengambil gambar dengan isyarat calon nombor satu tidak menghadapi sebarang masalah malah sebuah syarikat swasta dikatakan membenarkan lagi pekerjanya menyertai kempen.

“Namun di kebanyakan tempat, jika individu bergaya de­ngan isyarat calon nombor dua mereka diambil tindakan,” katanya, semalam.

Tambah Sufmi, pegawai awam di beberapa daerah juga tidak diambil tindakan meski­pun bergaya dengan isyarat calon pasangan nombor satu .

“Kebetulan Kronjo dan Banten adalah daerah pilihan raya saya. Kalau perkara ini menjadi masalah, saya sudah mengarahkan rakan-rakan di Banten untuk mengumpulkan semua maklumat sebelum membuat tindakan lanjut.

Sementara itu, Badan Pe­ngawasan Pemilihan Umum (Bawaslu) Banten akan mengambil keterangan keenam-enam guru berkenaan bagi menyiasat insiden pemecatan itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini