KUALA LUMPUR 7 Mac – Kenyataan biadab Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkenaan kerjasama UMNO dan Pas menunjukkan betapa dangkal pemahaman beliau terhadap makna demokrasi. Idea politik pelbagai kaum tidak asing bagi UMNO kerana telah menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan negara selama enam dekad dalam keadaan aman dan sejahtera. Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad menegaskan, sepatutnya ruang demokrasi di negara ini pada pasca pilihan raya umum disegarkan…










