Guan Eng biadab! - Utusan Malaysia

Guan Eng biadab!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANA tak menyinga Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terhadap kenyataan provokatif Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu antara pelopor yang mahu melihat kerjasama UMNO dan Pas direalisasikan.

Ini sehinggakan Tajuddin sanggup mengusahakan kesepakatan dua parti terbesar orang Melayu itu bermula dari Himpunan Melayu Bangkit di pekan Kampung Gajah, Pasir Salak pada 1 September tahun lalu yang diserlah dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia ditandingi calon Pas, 8 September.

Memuatkan artikel berkaitan…
TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
TAJUDDIN ABDUL RAHMAN 

Ini disusuli Himpunan Perpaduan Ummah di kawasan Parlimen disandang Tajuddin itu pada 17 November, sebelum gelombang kebangkitan itu meluas melibatkan semua lapisan masyarakat Melayu, orang muda termasuklah orang masjid.

Momentum kebangkitan rakyat itu terserlah dalam #DaulatHimpunan812 pada 8 Disember tahun lalu yang berjaya mengumpul ratusan ribu orang sebahagian besar orang UMNO-Pas di Dataran Merdeka.

Dan bila Guan Eng mengeluarkan kenyataan kerjasama UMNO dan Pas sebagai ‘isyarat perang’ terhadap masyarakat bukan Melayu di Malaysia, maka tidak hairanlah Tajuddin ‘naik darah’.

Pada malam Rabu 6 Mac lalu, beberapa jam selepas Guan Eng mengeluarkan kenyataan kontroversi itu dengan turut membuat pembetulan menukar perkataan ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’, Tajuddin mengirim mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada Utusan Malaysia:

“Pihak berkuasa mesti ambil tindakan di bawah undang-undang  hasutan.

“Kenyataan Guan Eng ini boleh mencetuskan pergaduhan kaum dan huru-hara,” katanya.

Keesokannya, beliau mengulas kepada akhbar ini mengapa Menteri Kewangan itu patut diambil tindakan di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengancam ketenteraman dan keselamatan negara itu.

 

Antara pengamatan Tajuddin terhadap Guan Eng:

SEBAHAGIAN orang ramai yang membantah kenyataan biadab Lim Guan
SEBAHAGIAN orang ramai yang membantah kenyataan biadab Lim Guan
Eng baru-baru ini.– GAMBAR MEDIA SOSIAL

TIDAK LAYAK SEBAGAI MENTERI

– Guan Eng tidak cerdik sebaliknya bertindak bodoh apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Penyokong Cina DAP menganggap anda berani, tetapi kita nak maklumkan dia sebenarnya bukan berani tetapi biadab. 

Tidak terfikirkah dia apa akibatnya membuat kenyataan kerjasama UMNO dan Pas sebagai ‘isyarat perang’ terhadap masyarakat bukan Melayu di Malaysia. Apatah lagi dia seorang pemimpin parti, seorang Menteri Kewangan yang bertanggungjawab kepada pelabur asing dan tempatan.

Tidakkah pelabur lari mendengar kenyataan dangkalnya ini?
Walaupun selepas laporan yang memetik kenyataannya itu disiarkan Guan Eng telah membuat pembetulan dengan menukar perkataan ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’, kita rakyat Malaysia sudah maklum itulah ‘wajah sebenar’ Guan Eng – tidak layak diangkat sebagai menteri.

CABAR

– Guan Eng hidup dalam politik kecinaan. Kalau berani, masuklah bertanding dalam kawasan orang Melayu, sekali  gus menampakkan diri anda sebagai Malaysian. Anda sahutlah cabaran ini dengan menunjukkan kehebatan sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat Malaysia berbilang kaum.

DEMOGRAFI

– Guan Eng amat takut dan tercabar kepada kerjasama UMNO-Pas kerana kalau dilihat dari segi demografi penduduk dan pengundi di setiap kawasan, kerjasama ini akan menggugat politik DAP sekali gus Pakatan Harapan (PH) dengan menyebabkan PH berisiko kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. 

TIDAK RELA DIPERALATKAN

Pas keluar dari pakatan pembangkang pada 2015 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lagi kerana tidak rela diperalatkan oleh DAP. Pas mempunyai sejarah dan fokus perjuangan yang jelas iaitu untuk membela nasib umat Melayu dan agama Islam.  Adakah sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Parti Amanah Negara (Amanah) ‘berbunyi’ bahawa  mereka tidak rela diperalatkan, mereka juga akan diterajang keluar dari PH?

PARTI AMANAH DIKONGKONG?

Apa pendirian parti Amanah apabila agama Islam dihina atau kepentingan orang Melayu diabaikan? Mana perginya suara-suara dan tindakan berani daripada menteri-menteri parti Amanah? Sebab apa tidak berani? Adakah kerana dikongkong oleh DAP?
Tanpa sokongan DAP, barangkali mereka tidak ada tempat, kerusi, menjadi wakil rakyat dan menterikah?

TIDAK PUAS HATI DENGAN TUN?

Adakah sekarang pun DAP masih tidak puas hati dengan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran tindakan Pengerusi Bersatu itu menerima kemasukan tujuh bekas ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu.

Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu  sendiri menyifatkan Dr. Mahathir menerima ‘sampah’ UMNO.

Ini kemudian mendorong Dr. Mahathir mengingatkan DAP, PKR dan Amanah bahawa beliau akan bertukar ke parti lain sekiranya mereka belot.

Mungkinkah kedudukan Dr. Mahathir sendiri  goyah kerana DAP melihat beliau tidak lagi boleh diharapkan seperti mana DAP mahukan? Barangkali juga Bersatu sudah mula insaf dan sedar pakatan parti itu dengan DAP tidak berbaloi? Dan ini turut mendorong UMNO dan Pas memberi komitmen untuk menyokong Dr. Mahathir jika berlaku insiden luar dugaan undi tidak percaya.
 
KAUM CINA RASIONAL

Bagaimanapun, saya (Tajuddin) percaya masyarakat Cina yang berfikiran rasional dan waras tentunya tidak akan menyokong politik perkauman yang cuba dibawa oleh DAP ini demi kepentingan mereka dari aspek ekonomi, pendidikan dan keselamatan. Masyarakat Cina tentunya ingin melihat kesejahteraan dan keharmonian antara kaum berterusan. Mereka sedar politik perkauman keterlaluan hanya akan membawa keburukan.

Siapa yang rugi nanti. Periuk nasi rakyat akan terjejas termasuklah peniaga dan pengusaha Cina.
Bukan semua orang Cina berpendirian seperti DAP. Ada yang ekstrem tetapi ada yang tidak ekstrem tidak menerima tindak tanduk Guan Eng.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini