Greta Thunberg dicadang penerima Nobel - Utusan Malaysia

Greta Thunberg dicadang penerima Nobel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO 14 Mac – Aktivis perubahan iklim, Greta Thunberg yang lantang menyuarakan protes terhadap dasar iklim dunia, sepatutnya dianugerahkan Hadiah Nobel.

Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Sosialis Norway, Freddy Andre Ovstegard yang melihat pelajar perempuan berusia 16 tahun itu telah melancarkan gerakan massa dan menyumbang kepada keamanan.

“Kami mencadangkan namanya kerana jika kita tidak melakukan apa-apa untuk mengekang perubahan iklim, ini akan menjadi punca kepada peperangan, konflik dan pelarian,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Enam bulan lalu, tiada siapa mengenai Thunberg, ketika remaja perempuan itu berusia 15 tahun, dia bertindak melancarkan protes di depan Parlimen Sweden sambil memegang sepanduk bertulis: “Mogok sekolah demi iklim.”

Sejak itu, Thunberg menjadi perbualan global, menjadi ilham orang muda yang kecewa dengan ‘kemajuan orang dewasa’ untuk mengekang perubahan iklim.

Esok, beribu-ribu pelajar dijangka berhimpun di lebih 100 buah negara sebagai kempen mendesak pemimpin dunia melakukan sesuatu mengenai perubahan iklim. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini