KUALA LUMPUR 6 Mac – Penduduk Subang Jaya dipelawa menyertai program Gotong-Royong Cegah Denggi USJ 2 yang akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield USJ 2/5, Selangor, Sabtu ini. Program anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu turut mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, ahli majlis dan ahli jawatankuasa penduduk MPSJ Zon 4. Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, pihaknya berharap penduduk dapat turut…










