Gol Syahmi ke Anugerah Puskas - Utusan Malaysia

Gol Syahmi ke Anugerah Puskas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JARINGAN pemain muda kebangsaan, Muhammad Syahmi Safari pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 di Bangkok, Thailand pada 5 Disember lalu dicadangkan untuk dicalonkan bagi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2019.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan perkara itu selepas mencapai persetujuan dalam mesyuarat peringkat Sekretariat Agung FAM semalam.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memberitahu, pihaknya akan menghantar salinan video kepada FIFA dalam usaha mencadangkan gol pemain berusia 21 tahun tersebut dicalonkan bagi Anugerah Puskas tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“FAM akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol Syahmi ketika perlawanan bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok agar tersenarai sebagai salah satu calon Anugerah Puskas.

“Kami juga akan melampirkan salinan video gol yang terhasil pada minit ke-28 perlawanan berkenaan untuk dinilai oleh FIFA.

“Biarpun senarai 10 calon gol tercantik akan dicadangkan dan dipilih oleh FIFA dan jawatankuasa pemilihannya, FAM berpendapat surat cadangan pencalonan tetap perlu dihantar kepada FIFA sebagai tanda sokongan FAM sekali gus memastikan gol berkenaan mendapat perhatian FIFA,” katanya menerusi satu kenya­taan yang dikeluarkan FAM semalam.

Jaringan tersebut terhasil menerusi tujuh hantaran melibatkan tujuh pemain bermula daripada penjaga gol, Farizal Marlias sebelum disudahkan dengan sepakan kaki kanan Syahmi yang kini beraksi untuk pasukan Selangor.

Sebagai rekod, FAM pernah menghantar surat cadangan pencalonan kepada FIFA pada 22 Februari 2016 untuk gol bekas pemain Pulau Pinang, Mohd. Faiz Subri dan akhirnya membawa kejayaan apabila jaringan menerusi sepakan percuma unik itu muncul pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini