Gol Akhyar suntik semangat Malaysia berdepan Laos - Utusan Malaysia

Gol Akhyar suntik semangat Malaysia berdepan Laos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mac – Pemain sayap skuad Bawah 23 (B-23) negara, Akhyar Rashid menyifatkan kejayaannya meledak dua gol ketika membantu Malaysia menewaskan Filipina 3-0 menyuntik semangat dia dan rakan sepasukan untuk menghadapi Laos dalam aksi kedua kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, hari ini.

“Alhamdulillah, syukur dengan kemenangan pertama ini. Kemenangan ini memberi keyakinan kepada pasukan untuk aksi seterusnya. Saya berpuas hati dengan persembahan pasukan kerana kami mengikut taktikal jurulatih.

“Rezeki saya dapat menjaringkan dua gol. Terima kasih kepada rakan sepasukan. Saya berharap kami dapat mengekalkan prestasi cemerlang ini untuk pertemuan menentang Laos,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, kelmarin.- UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini