KOTA BHARU 9 Mac- Tiga penunggang kapcai ‘Geng Gi Mekoh Nga Mutor’ hari ini menerima sumbangan motosikal jenis SYM E Bonus setiap seorang daripada Syarikat Mayazia Auto (Mayazia) Sdn. Bhd. Pengarah Urusan Mayazia, Datuk Khairul Othman berkata, pemberian motosikal berkenaan adalah sebagai penghargaan di atas kejayaan geng itu yang menunggang kapcai melalui lapan negara selama hampir tiga bulan demi mencapai misi ke tanah suci Mekah dan Madinah. Beliau berkata, sebagai…










