KONSEP pakaian sedia dipakai semakin diterima ramai kerana lebih memudahkan si pemakai melakukan suai padan mengikut cita rasa dan tema majlis yang ingin dihadiri. Penambahan elemen perincian yang sederhana tidak menjadikan rekaannya tampak membosankan.

Menyedari hakikat itu, pengasas jenama Sira Anggun, Datin Rahmah Mustafa memperkenalkan koleksi pakaian Muslimah terbaharu antaranya terdiri daripada blaus, sut, kemeja dan skirt untuk golongan tersebut.
Bermain dengan fabrik seperti como crepe, kapas dan valentino, rekaan yang disuntik elemen kontemporari cukup versatil apabila disarungkan pada tubuh si pemakai. Ia mempunyai ciri-ciri tidak melekap pada tubuh, tidak terlalu berat atau ringan dan tidak mengecut.
Rahmah berkata, manakala tudung kain tenun pula yang mendapat sentuhan rekaannya dibuat khas di Jakarta, Indonesia dan menjadi tonggak jenama Sira Anggun. Tujuan utama fabrik itu diperkenalkan adalah untuk memudahkan pengguna menggayakan tudung mengikut gaya yang digemari dan ia boleh dipakai di kedua-dua belah.
Tudung itu juga boleh digayakan oleh lelaki sebagai mafla dan mereka boleh bereksperimentasi dengan tona warna terang seperti kuning dan hijau. Dalam pada itu, penggunaan pin juga amat minimum dan pengguna tidak perlu bimbang membasuhnya menggunakan mesin basuh cuma tidak boleh diberus jika dibasuh tangan.

Bermain dengan fabrik seperti como crepe, kapas dan valentino, rekaan yang disuntik elemen kontemporari cukup versatil apabila disarungkan pada tubuh si pemakai.
Info
Butik: No 27 Lot 45, Bandar Darulaman, 06000, Kedah
Facebook : Sira Anggun HQ











