Garuda Indonesia batal tempahan 49 pesawat Boeing 737 MAX 8 - Utusan Malaysia

Garuda Indonesia batal tempahan 49 pesawat Boeing 737 MAX 8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 22 Mac – Syarikat penerbangan kebangsaan Indonesia, Garuda membatalkan tempahan kira-kira 49 buah pesawat model Boeing 737 MAX 8 yang sebelum ini terlibat dalam dua nahas terburuk industri penerbangan dunia.

Jurucakap Garuda, Ikhsan Rosan berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada Boeing untuk memaklumkan hal berkenaan.

Hal ini kerana katanya, para penumpang Garuda sudah ‘hilang kepercayaan’ terhadap pesawat-pesawat tang dihasilkan oleh Boeing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pakar penerbangan pula berpendapat bahawa langkah itu boleh mencetuskan lebih banyak pembatalan pembelian daripada banyak syarikat penerbangan utama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini