KUALA LUMPUR 13 Mac – Peserta acara larian ‘Forest Run’ 2019 yang diadakan bersempena Hari Hutan Antarabangsa berpeluang memenangi wang tunai RM500.
Program anjuran JomRun dan My10K Run itu akan bermula seawal pukul 7 pagi di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, Selangor pada 24 Mac ini.
Selain hadiah wang tunai kepada juara, pemenang kedua dan ketiga turut berpeluang memenangi wang tunai RM300 dan RM200.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kira-kira 2,000 peserta dijangka menyertai larian berkenaan dalam dua kategori yang dipertandingkan iaitu ‘Fun Run’ sejauh empat kilometer (km) dan ‘Forest Semi-Trail Run’, sembilan km.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai acara tersebut masih boleh membuat tempahan tiket secara atas talian di jomrun.com. – UTUSAN ONLINE











