Filipina rampas lebih 1,500 kura-kura eksotik dalam bagasi - Utusan Malaysia

Filipina rampas lebih 1,500 kura-kura eksotik dalam bagasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA – Kira-kira 1,500 kura-kura eksotik yang masih hidup, sebilangannya diikat menggunakan pita pelekat, ditemui di dalam bagasi milik seorang penumpang pesawat penerbangan, lapor pihak berkuasa Filipina hari ini.

Filipina merupakan salah satu sumber utama dan lokasi transit pemerdagangan hidupan liar menurut satu laporan tahun 2018 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Kura-kura itu ditemui di sebalik pakaian dan kasut di dalam bagasi suspek warga Filipina di Lapangan Terbang Manila semalam. Suspek yang tiba dari Hong Kong itu sempat melarikan diri sebelum pihak berkuasa menahannya, menurut pegawai kastam.

“Kami melihat imej-imej daripada imbasan X-ray (mesin),” kata Ketua Kastam Lapangan Terbang Manila, Carmelita Talusan kepada agensi berita AFP.

“Kami tidak menyangka ia (penyeludupan ini) boleh mencapai sebanyak 1,530 ekor,” kata Talusan.

Talusan menyatakan perkara itu masih di bawah siasatan dan pihak berkuasa sudah mengenal pasti suspek yang boleh didakwa atas kesalahan mencabul undang-undang dagangan hidupan liar yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Kura-kura yang dirampas itu bernilai 4.5 juta peso (RM354,098), menurut biro kastam. Antara spesies kura-kura yang dirampas ialah Indian Star Tortoise. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN