Filipina rampas 1,500 penyu dan kura-kura hidup - Utusan Malaysia

Filipina rampas 1,500 penyu dan kura-kura hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 4 Mac – Polis Filipina merampas lebih 1,500 ekor penyu hidup dan kura-kura yang dibalut dengan pita pelekat di lapangan terbang di sini.

BBC melaporkan, kesemua reptilia itu ditemukan dalam empat buah bagasi yang tidak dituntut.

Pihak polis menganggarkan kesemua haiwan itu boleh dijual pada nilai AS$86,631 (RM353,073).

Pihak berkuasa negara ini percaya kesemua bagasi berkenaan ditinggalkan kerana khuatir didenda kerana cuba menyeluduh hidupan liar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN