Federer perbaiki kedudukan ranking dunia - Utusan Malaysia

Federer perbaiki kedudukan ranking dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 4 Mac – Kejayaan Roger Federer merangkul gelaran ke-100 dalam kariernya, telah membantu bintang tenis Switzerland itu melonjak tiga anak tangga ke kedudukan keempat dalam ranking ATP, hari ini.

Stefanos Tsitsipas, pemain yang ditewaskan Federer sewaktu dia mencipta sejarah di Dubai turut berjaya memperbaiki rankingnya. Pemain Greece itu naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan No. 10 dunia.

Gael Monfils pula yang tumpas pada separuh akhir, melonjak empat anak tangga dan kembali dalam kelompok 20 terbaik dunia iaitu di kedudukan ke-19.

Pemain yang melakukan lonjakan terbesar dalam ranking dunia ATP ialah Nick Kyrgios dari Australia yang menewaskan dua pemain yang berada dalam ranking tiga terbaik dunia iaitu pemain No. 2 dunia, Rafael Nadal dan No. 3 dunia, Alexander Zverev serta pemain No. 9 dunia, John Isner sebelum merangkul gelaran di Acapulco.

Kyrgios melonjak 39 anak tangga dan kini berada di kedudukan No. 33 dunia.

Novak Djokovic pula yang mengambil cuti selama seminggu, masih kekal di kedudukan No. 1 dunia, walaupun Nadal dan Zverev masing-masing berjaya mengumpul mata pada kejohanan di Mexico.

Guido Pella, yang memenangi gelaran ATP pertamanya di Sao Paulo, semalam, turut memperbaiki ranking dunianya. Pemain Argentina itu berkongsi kutipan mata dengan Kyrgios, tetapi dia berada pada ranking satu anak tangga lebih rendah iaitu di tempat ke-34. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN