FAM masih pertimbangkan, calon gol Syahmi di Anugerah Puskas - Utusan Malaysia

FAM masih pertimbangkan, calon gol Syahmi di Anugerah Puskas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mac. – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bermesyuarat terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada jaringan Syahmi Safari pada separuh akhir kedua Piala AFF 2018 akan dicalonkan untuk Anugerah Puskas 2019 atau tidak, Rabu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, mesyuarat khas itu bertujuan meneliti jaringan itu dan memuktamadkan sama ada benar-benar layak untuk dicalonkan bagi anugerah berkenaan.

“Sekretariat dan jawatankuasa teknikal FAM akan meneliti semula jaringan Syahmi itu dan memutuskan sama ada ia akan dicalonkan untuk Anugerah Puskas atau tidak. Selepas itu keputusan akan diumumkan Setiausaha Agong FAM, Stuart (Ramalingam).

“(Kita) mesti ingat (Anugerah Puskas) jaringan itu mesti istimewa. Tapi tak salah FAM untuk calonkan jika merasakan jaringan itu terbaik,” katanya selepas majlis undian kejohanan empat negara, Piala Air Marine di sini, hari ini.

Gol pertahanan kanan pasukan Harimau Malaya itu sememangnya cukup cantik, ditambah dengan beberapa siri hantaran satu dua antara pemain negara dengan hanya memerlukan lapan sentuhan nyata sekali cukup berkualiti dan mampu mencabar ratusan gol lain di seluruh dunia sepanjang 2018 hingga 2019. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN