Eriksen bakal jadi rebutan Juve, Real - Utusan Malaysia

Eriksen bakal jadi rebutan Juve, Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 Mac – Juventus bersedia untuk memulakan rundingan mereka bagi mendapatkan bintang Tottenham, Christian Eriksen pada musim panas ini.

Pemain tengah Spurs itu mempunyai baki kontrak setahun dan kelabnya bersedia untuk menjual pemain berusia 27 tahun itu daripada kehilangannya tanpa sebarang keuntungan.

Selain Juventus, kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid turut berminat untuk mendapatkan Eriksen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan Juventus sudah mengadakan perbincangan dengan wakil pemain tersebut dan bersedia membuat tawaran pada musim panas ini.

Bagaimanapun, dipercayai Eriksen berminat untuk melanjutkan kontraknya bersama Spurs malah kelab yang berpangkalan di London itu turut berharap dapat menyimpan pemain tersebut.

Eriksen sudah meledak tujuh gol selain mencipta 12 gerakan gol sepanjang 38 penampilannya dalam semua kejohanan pada musim ini di bawah kendalian Mauricio Pochettino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini