Energas diberi penarafan cemerlang - Utusan Malaysia

Energas diberi penarafan cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – Syarikat penanggung insurans kaptif tunggal Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Energas Insurance (L) Limited (Energas) diberikan penarafan A (cemerlang) bagi kekukuhan kewangan dan penarafan ‘A’ bagi Penanggung Kredit Jangka Panjang.

AM Best dalam kenyataan hari ini, berkata prospek penarafan kredit berkenaan adalah stabil.

Penarafan itu mencerminkan kekukuhan imbangan lembaran Energas, yang AM Best klasifikasikan sebagai amat kukuh selari dengan kemantapan prestasi operasi, profil perniagaan neutral dan pengurusan risiko perusahaan yang sesuai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahan lagi, penarafan itu diberikan atas faktor impak neutral daripada syarikat milik 100 peratus dan bersepadu dengan Petronas, syarikat minyak dan gas kebangsaan Malaysia.

AM Best menjangkakan risiko modal Energas boleh diubah mengikut kesesuaian seperti diukur oleh Nisbah Kemampuan Modal Best untuk kekal di paras paling kukuh untuk jangka sederhana disokong oleh manfaat taja jamin rendah dan pendekatan pelaburan konservatif.

Katanya, kos operasi syarikat yang rendah dan stabil bagi aliran pendapatan komisen insurans yang dibeli oleh syarikat insurans telah menyumbang kepada keuntungan keseluruhan.

Prospek keputusan tertakluk kepada keadaan turun naik dalam tuntutan berikutan Energas menyediakan had polisi yang besar berbanding dengan pendapatan premiumnya. Bagaimanapun, ini akan dapat disederhanakan sebahagiannya oleh program insurans kaptif dibeli syarikat insurans yang komprehensif.

Energas disepadukan dalam kerangka pengurusan risiko kumpulan Petronas dan berperanan aktif dalam menyelia dan menampung kos insurans kumpulan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini