Empat rakyat asing tawar khidmat seks ditahan - Utusan Malaysia

Empat rakyat asing tawar khidmat seks ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 26 Mac – Polis menahan dua lelaki Nepal yang dipercayai menjalankan perniagaan khidmat seks dengan mengenakan bayaran RM70 dalam serbuan Ops Noda di sebuah rumah di Taman Senai Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tok Beng Yeow berkata, dalam serbuan itu, polis turut menahan dua wanita Indonesia yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks dengan menerima upah RM39 bagi setiap pelanggan.

“Seorang lelaki tempatan dan dua lelaki warganegara asing masing-masing rakyat Nepal dan Bangladesh dipercayai pelanggan turut ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis (IPD) Kulai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam serbuan itu, polis turut menemukan barang yang dipercayai digunakan untuk perkhidmatan seks iaitu 51 peket kondom dan dua helai kertas tercatit rekod urusniaga dan rekod pekerja bersama wang tunai RM215,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, semua suspek yang berusia antara 22 hingga 48 tahun kini direman sehingga 1 April ini untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan, Seksyen 373B kanun yang sama dan 6(1)(c) Akta Imigresen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini