Empat PATI tidak sempat bersiar di bandar - Utusan Malaysia

Empat PATI tidak sempat bersiar di bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Hasrat empat pendatang asing tanpa izin (PATI) bersiar-bersiar di bandar ini tidak kesampaian selepas diberkas di sini hari ini. 

Keempat-empat PATI berusia 23 hingga 43 tahun itu ditahan bermula pukul 11.30 pagi di Sungai Atas dan Jeti Penumpang Southpoint, Pelabuhan Klang.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintenden Khairuddin Jamal berkata, penahanan awal dilakukan terhadap dua PATI Indonesia di dalam feri penumpang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, PATI tersebut dalam perjalanan ke jeti Pelabuhan Klang dari Pulau Ketam. 

“Selang sejam kemudian, kita berjaya menahan dua lagi PATI iaitu warga Bangladesh di jeti Penumpang Southpoint, Pelabuhan Klang. 

“Semakan kesemua PATI itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah selain tinggal lebih masa di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Jelas beliau, siasatan awal mendapati keempat-empat PATI itu ingin bersiar-siar di sekitar bandar daerah ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini