WARRI, Nigeria 5 Mac – Penculik telah membebaskan emak kepada pemain bola Bordeaux, Samuel Kalu selepas hampir seminggu diculik semalam.
Mangsa, Ozuruonye Juliet Kalu diculik dari keretanya ketika dalam perjalanan pulng ke rumah pada 27 Februari lalu.
Penculik dilaporkan meminta wang tebusan sekitar tiga juta naira kemudian menaikkan kepada 15 juta naira (AS$40,000).
Menurut Jurucakap Polis Abia, Godfrey Ogbona, pihaknya tidak mengetahui sama ada bayaran dibuat dalam pembebasan mangsa.
“Mangsa dibebaskan sekitar tengah malam Isnin dan kini telah bersama dengan keluarganya.
“Situasi pembebasannya tidak didedahkan kepada saya buat masa ini.
“Bagaimanapun, kita menjalankan siasatan insiden ini bagi memastikan penculik itu dapat ditahan dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Penculikan menjadi perkara biasa di selatan Nigeria dengan keluarga mereka terkemuka dan individu menjadi sasaran. – AFP











