Elizabeth buat orang TV panas - Utusan Malaysia

Elizabeth buat orang TV panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAK tahulah nak gelak atau apa sebab ketika mendengarkan sahaja gosip ini, riak wajah teman Mary yang seorang ini begitu bengang dengan sikap penyanyi Elizabeth Tan.

Ya, jarang sekali kita mendengar penyanyi yang mesra dengan panggilan Lizzy ini buat hal bukan?

Tapi menurut teman Mary yang bekerja dengan sebuah stesen televisyen ini, Lizzy baru-baru ini dipelawa membuat persembahan untuk program televisyen berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Disiarkan secara langsung, sepatutnya Lizzy diminta untuk mengikut susunan program yang memerlukan dia menyanyi diiringi sebuah kumpulan.

Tetapi penyanyi itu tetap bertegas mahu membawakan lagu Semua Sudah (lagu baharunya) dengan minus one.

Kononnya, menurut Lizzy, minus one itu telah dihasilkan sesuai dengan suaranya untuk membuat mana-mana persembahan, khususnya untuk lagu itu.

Maka sebab itulah dia bermatian-matian mahu menyanyi dengan minus one dan tak mahu bersama dengan kumpulan pengiring.

“Kalau tetap bermati-matian nak menyanyi dengan minus one, apa maksudnya itu Mary? Maksudnya dia memang forever tak boleh menyanyilah kot,” katanya.

Alah, bagi Mary ini perkara biasa. Bukan orang tak tahu Lizzy pun menyanyi biasa-biasa sahaja. Jangan lah nak mengharapkan dia hadir dengan vokal seperti Dayang Nurfaizah pula.

Kalau tak, dah lama dah dia menghasilkan lagu yang boleh menguji vokalnya sendiri, betul tak?

Hal kecil sahaja ini. Kalau rasa Lizzy tak boleh menyanyi secara langsung, apa susah? Panggil sahajalah artis lain.

Berlambak lagi artis kita yang betul-betul berbakat tetapi tidak diberi peluang. Tak begitu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini