PENDANG – Seorang duda maut dipercayai akibat dilanggar adik kandung sendiri dengan sebuah kereta di hadapan rumah mereka di Kampung Haji Bunga, Mukim Air Puteh di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Mohammad Zaki Abd. Shukor, 39, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan. Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang disyaki penagih dadah dikatakan…










